Tips

Tip Mencegah Kerosakan Rambut
  • Sekiranya mempunyai rambut yg rosak & tidak terurus, apa kata kamu menggunakan perapi & syampu secara berasingan. Ini kerana kandungan syampu yg mengandungi perapi tidak cukup untuk memberi kelembapan yg diperlukan.
  • Pemakaian perapi yg betul adalah hanya dengan 1 garis perapi diletakan di telapak tangan & kemudian disapukan pada helaian rambut sehingga merata.
  • Pilih perapi yg mengandungi protein (marine @ hydrolyzed wheat) keratin & 'silk'. Kandungan ini boleh membantu mengembalikan khasiat rambut yg hilang akibat dandanan.
  • Jangan mengeringkan rambut dgn menggosok-gosokkan rambut pada tuala. Gosokan ini akan menjadikan kutikel rambut kasar & mengakibatkan rambut sukar disikat.
  • Lakukan rawatan 'deep conditioning' seminggu sekali. Gunakan masker rambut yg mengandungi protein @ 'panthernol' yg boleh berfungsi utk menyubur & menguatkan rambut. Jika anda berambut nipis, anda boleh menyapu masker rambut sebelum rambut disyampu bagi mengatasi masalah rambut lepek.
  • Gunakan produk dgn perlindungan 'thermal' @ silikon. Cara ini akan menghasilkan lapisan diantara kepanasan alat pengering & mencegah kerosakan rambut.
  • Ranbut kering menyerap klorin @ air masin jika membasahkan rambut dgn air biasa sebelum berenang.
  • Kurangkan pemakaian 'mouse' @ gel rambut beralkohol agar rambut terhindar dari masalah kekeringan.
Tip penjagaan mata
  • Amalkan pengambilan buah beri & prun. Kebanyakkan buah-buahan yg berwarna ungu sangat kaya dgn sebatian yg dikenali sebagai 'anthocyanidins' yg terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.
  • Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam,kangkung,sawi & sebagainya kerana ia sangat kaya dgn beta karotena yg baik utk mata.
  • Selain buah-buahan berwarna ungu,pengambilan buah-buahan berwarna oren @ kuning spt limau,betik & mangga juga elok utk mata kerana kandungan beta karotena yg terkandung di dalammya sangat tinggi.
  • Melakukan senaman mata sangat baik utk kesihatan mata. Caranya dgn mengerdip & memejamkan mata anda kerana ia mempu mengurangkan keradangan & rasa letih pada mata.
  • Kurangkan stress mata dgn meletakkan hirisan timun pada kelopak mata. Mata yg letih menyebabkan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan.
  • Tidur yg cukup membantu merehatkan mata & membuatkan mata anda kelihatan segar & bermaya.
  • Elakkan mata anda daripada cahaya yg sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap utk memelihara mata anda.
  • Elakkan minum air 2 jam sebelum tidur. Ini kerana minum air dgn banyak sebelum tidur akan mengakibatkan kulit pada bahagian bawah mata bengkak & sembap.
  • Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak disingkirkan dgn betul, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat kulit bahagian mata amat lembut & sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman,@ dipenuhi dgn bintik-bintik halus.
  • Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi, & boleh megakibatkan bintik-bintik sekeliling zon mata. Langkah selamat adalah gunakan gel mata utk merawat kulit mata yg lembut & sensitif. Gunakan gel mata yg mengandungi ekstark timun, 'witch hazel' & pro vitamin B5.
Tip hilangkan sembap bawah mata
  • Bilas wajah anda dgn air sejuk pada waktu pagi utk membantu melancarkan peredaran cecair sambil titipkan bahagian bawah mata dengan lembut. Cecair yang terperangkap di kawasan mata akan mengalir sempurna ke dalam badan secara tidak langsung mengurangkan sembap.
  • Teknik seterusnya adalah biasa bagi mereka yang mengalami sembap mata di waktu pagi. Kebiasaannya mereka akan meletakkan sudu yg disejukkan di dalam peti ais pada mata bagi mengurangkan sembap.
  • Anda juga boleh menggunakan uncang teh untuk mengurangkan sembap & juga mengecilkan pori-pori. Hanya letakan uncang teh pada mata yg tertutup dalam 15 hingga 20 minit.
  • Kurang rehat @ kurang tidur juga adalah salah 1 punca terjadinya sembap di bawah mata. Selain untuk penghidratan yang sempurna, badan anda memerlukan rehat yang secukupnya kerana tidak kira apa cara lain yg anda gunakan sekiranya anda tidak cukup rehat, sembap tetap kelihatan.
  • Rawat sembap di bawah mata menggunakan susu adalah salah satu cara menghilangkan sembap & lingkaran gelap bawah mata.Celupkan kapas ke dalam susu pasteur & tekapkan pada mata dlm 5 minit. Lakukan ia 2 kali sehari, ia akan membantu menghilangkan sembap.
  • Sekiranya pembendungan air terjadi sewaktu anda datang bulan adalah punca sembap bawah mata, dengan pengambilan ubat diuretik ia akan membantu mengurangkannnya. Berlainan pula bagi yang mengalami gatal-gatal & kemerehan mata, ia adalah simptom alergi & perlu dirawat dgn antihistamina.
Tip Merias Alis

Bentuk
  • Lain orang, lain bentuk keningnya. Bentuk kening dibuat berdasarkan 3 point. Di hujung dalam kening, di puncak dan di hujung luar kening. 
  • Untuk menentukan dari mana hujung dalam kening perlu bermula adalah dengan meletakkan pensil (atau apa saja berbentuk seperti celak) menyerong antara hujung dalam kening dan betul-betul di tepi hidung. Disitulah, hujung dalam kening perlu bermula.
  • Untuk puncaknya pula, sebaiknya kedudukan puncak kening selari dengan bebola anak mata.
  • Pengakhiran kening atau hujung luar kening perlu lebih rendah daripada hujung dalam mata. Sekiranya, hujung luar mata lebih panjang dari yang bahagian dalam, muka akan kelihatan sedih dan tidak natural. Lagi pula, menurut kepercayaan orang Cina, hujung luar kening perlu lebih pendek agar rezeki lebih murah.
Ketebalan
  • Tebal atau nipis kening bergantung kepada trend solekan bagaimana yang kamu inginkan? Kerana ketebalan kening mempengaruhi rupa solekan keseluruhannya. Contohnya, solekan klasik lebih menjadi jika kening dialit tebal dan begitu sebaliknya. 
  • Jika kamu memiliki kening nipis, kamu boleh menabalkannya dengan menggunakan leretan pensel kening. Sebaliknya, jika kamu mahu menipiskan kening yang tebal, kamu boleh memilih sama ada memantisnya atau sekadar disamarkan dengan lilin dan penyamar cela sebelum dilukis menggunakan pensel kening.
  • Untuk melukis kening, pastikan hujung mata pensel kening tidak terlalu tajam mahupun tumpul. Asah sebelum digunakan. Sebelum dilakrik, contengkan sedikit di telapak tangan untuk menumpulkan sedikit matanya. 
  • Umpama mewarnakan lukisan, biasanya kita akan mewarnakan garisan lukisan terlebih dulu. Begitu juga melukis kening, lukisan bentuk kening terlebih dulu dengan larikan lembut dan pudar. Kemudian, mulakan lukisan di dalam bentuk kening, bermula di puncak kening terlebih dulu. Diikuti bahagian dalam dan langsung di sepanjang kening sehingga hujung luar kening.
Warna
  • Terdapat beberapa pilihan warna untuk solekan kening seperti hitam, coklat, perang, gangsa dan kelabu.
  • Ada yang kata warna kening perlu sama dengan rambut atau anak mata. Namun, ia bukanlah petunjuk paling tepat dan formula yang 'wajib' dituruti. Ia sebenarnya terpulang kepada keserasian keseluruhan solekan dan wajah kamu.

Tip Bulu Mata 'Super Lentik'
  • Seperti rambut yang perlukan perapi, bulu mata juga sama. Setiap malam, sebelum tidur, sapukan sedikit vaseline pada bulu mata. Ini dapat melembap dan menguatkan akar bulu mata serta memantapkan lagi sapuan maskara keesokan harinya.
  • Sebelum memakai maskara, beruskan dahulu bulu mata kamu dengan berus gigi pun okey. Ini bertujuan menceraikan-ceraikan helaian bulu mata.
  • Sapuan maskara ada bermacam-macam cara. Ikutlah kesesuaian tangan kamu sama ada secara zig-zag, sapu dan tekan, menggunakan hujung maskara atau pusingan maskara. Jika takut comot, lapik bawah bulu mata dengan tisu sebelum menyapukan maskara. 
  • Sentuhan akhir, untuk memanjangkan hayat lentikkan itu, kamu boleh juga menyemburkan spray rambut pada berus gigi kemudian berus pada bulu mata. Lakukannya berhati-hati agar tidak terkena dalam mata.
Tip Maskara
  • Untuk memakai maskara, sengetkan sedikit kulit kelopak mata menegang ke atas,agar bulu mata mudah dicapai oleh berus maskara.
  • Bagi bulu mata yang pendek dan kerjung, ratakan bedak asas sebagai asas pada bulu mata terlebih dahulu sebelum menyapu maskara. Teknik ini mampu memberikan efek lentikkan bulu mata yang berganda.
  • Setiap sapuan maskara, berhenti seketika di tengah bulu mata dan ditekan sedikit. Tekanan ini mampu melentikkan bulu mata dengan lebih efisien. Sapuan biarlah secara perlahan-lahan, ini dapat menyempurnakan lagi rataan dakwatnya untuk setiap helaian bulu mata. 
  • Jika terdapat kesan comotan dakwat maskara, cara untuk menghilangkannya adalah dengan mencalitkan penyamar cela seperti Skin Flash pada bahagian yang comot tadi. Kemudian sapu lalu dengan bedak debu atau padat.
  • Atau gunakan putik kapas yang telah dicelupkan dengan sedikit Skin Flash, kemudian golekkan putik kapas itu pada bahagiian yang comot itu seperti menyapu buang kesan comot itu.
  • Cara mudah menanggalkan sisa maskara pada bulu mata, tekapkan kapas yang telah diresapi makeup remover di bawah mata. Tutup mata rapat dan ambil sekeping lagi kapas yang juga dibasahkan dengan makeup remover lalu sapukan pada bulu mata yang telah berlapikkan kapas tadi.
  • Sebelum memilih maskara, 2 perkara yang kita harus fikirkan adalah formula dan rekaan berusnya. 

Tip jaga bibir
  • Kekalkan lembapan Air adalah kata kunci buat kulit yg mekar cantik & pastinya juga mengekalkan ulas bibir yg subur mempesona. Penyahidratan menyebabkan bibir kering. Utk memastikan bibir sentiasa mekar, pastikan minum banyak air & jauhi kafein serta alkohol.
  • Rawatan pengelupasan Bibir kering, merekah & pecah-pecah membuatkan apa jua gincu yg dipakai kelihatan begitu menyedihkan. Apa kata kamu cuba rawatan pengelupasan lembut pada bibir. Mula-mula, sapukan salap bibir, kemudian gunakan berus gigi utk menggosok bibir secara memusar & lembut. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati pada bibir & menjadikan bibir lebih lembut.
  • Patahkan rokok! Tidak hanya kerana merokok membunuh sel kulit yg sihat, ia juga mewujudkan garis halus di sekitar mulut. Tentu sekali ia membuatkan kamu kelihatan lebih tua drp usia sebenar.
Tip pemakaian gincu
  • Makan gincu - Walaupun ia tidak boleh dimakan, tetapi wanita kerap 'makan' gincu ketika menjamu selera & kesan yg tinggal hanyalah 'bingkai' bibir dek kerana dilakar penggaris bibir. Keadaan ini berlaku kerana pensel lebih kering drp gincu, jadi pemakaiannya tahan lebih lama. Dengan itu, penggaris bibir tidak hanya dipakai pada tepian bentuk bibir saja sebaliknya ke seluruh bibir, kemudian lapisnya dengan gincu pilihan.
  • Bentuk bibir tidak sama - Bibir yg tidak sama bentuknya antara sebelah kiri & kanan boleh diperbetulkan dgn penggunaan penggaris bibir. Pastikan gincu yg dipilih bertekstur krim @ matte utk tampak lebih semula jadi.
  • Ketebalan bibir - Luliskan bibir lebih tebal @ lebar daripada bentuk asal bibir yg nipis menggunakan penggaris bibir utk memperlihatkan bahagian itu lebih lebar/tebal. Mulakan drp bhgian hujung bibir membawa ke tengah bibir.
  • Bibir nipis - Pemilik bibir jenis ini tidak digalakkan menggunakan warna terlalu gelap @ garang kerana ia nipis. Untuk menghasilkan ilusi bibir seksi & mungil, oles sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir anda.
  • Bibir tebal - Pemilik bibir tebal seharusnya 'mengekalkan' ketebalan yg ada dgn melukis pada penghujung bibir anda. Calitkan gincu pada bahagian berkenaan & pastikan penggunaan gincu tidak terlalu garang.
Tip Penjagaan kuku tangan dan kaki
  • Gunakan losyen tangan selepas selesai membuat kerja rumah spt membasuh pinggan & mencuci baju.Pakailah sarung tangan jika anda perlu menyentuh serbuk pencuci.
  • Keraplah mengurut kutikel supaya kuku terbentuk dgn cantik.
  • Makan bnyk buah-buahan & lebihkan pengambilan diet tinggi protein.
  • Amalkan makanan tambahan jika anda terasa pengambilan diet seharian tidak mencukupi.
  • Penjagaan kuku kaki & tangan sebenarnya berbeza. Kuku kaki harus disental untuk memastikan kotoran disitu mampu dihakis.
  • Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari & keringkan sebaiknya.
  • Jangan salah gunakan fungsi kuku. Perlu diingat, kuku bukanlah alat utk mengcungkil,menebuk @ mengumpil sesuatu.
  • Elakkan menggigit kuku @ mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku.
  • Gunakan pengetip kuku yg tajam. Jgn sesekali menarik kuku yg separa terpotong kerana ia boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  • Lembapkan kuku dgn kerap kerana kuku juga perlu dilembapkan sentiasa seperti kulit.
  • Jika anda memakai sarung kaki,tukarlah ia setiap hari.Jangan pakai sarung kaki yg terlalu ketat @ singkat.
  • Pakai kasut yg sesuai dgn saiz anda. Tindakan memakai kasut ketat sebenarnya akan memburukan lagi keadaan kaki sendiri. Kaki yg tersumbat dlm kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga akan terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi jika anda memakainya dlm masa lama & kerap.
Tip Penjagaan kulit kering
  • Jaga pemakanan - Makanan yg seimbang adalah penting bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat. Ini kerana anda adalah apa yg anda makan. Anda perlu mengambil makanan yg seimbang & mengandungi sumber protein, vitamin serta mineral. Untuk mendapatkan kulit yg sentiasa sihat, lembap & cantik anda perlu banyak memakan sayur-sayuran & buah-buahan. Ini kerana ia mengandungi banyak vitamin yg sangat baik untuk kulit anda.
  • Menggunakan pelembap selepas mandi - Anda perlu menggunakan pelembap kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Dengan menggunakan pelembap kulit ia akan membantu mengekalkan kelembapan kulit anda. Pilih pelembap yg bebas bahan pewangi @ paraben kerana bahan-bahan ini hanya akan membuat kulit anda lebih kering & sensitif.
  • Bersenam selalu - Jika mehu badan sihat, bersenamlah jawapannya, jadi begitu jugalah kalau anda mahukan kulit sentiasa sihat & cantik. Ini kerana jika bersenam secara konsisten ia akan melancarkan peredaran darah ke seluruh organ dalam badan termasuklah juga kulit anda. Ia juga akan sentiasa mengekalkan kesihatan kulit anda. Badan yg sihat juga penting bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat. Jadi, penjagaan kulit adalah penting seperti menjaga perkara-perkara lain di dalam hidup anda. Kulit yg sihat & cantik sentiasa diingini oleh setiap org. 
  • Lindungi kulit - Jangan terlalu mendedahkan kulit anda dibawah sinaran cahaya matahari sekiranya anda mengalami masalah kulit kering. Kulit akan rosak jika terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari. Anda digalakkan menggunakan krim pelindung matahari. Pelindung matahari juga perlu disapu semula selepas 2 - 3 jam selepas berenang.
Tip atasi kulit berminyak
  • Nilai wajahmu - kadang kala tidak semua bahagian pada wajah kita berminyak.Oleh itu, belek dengan teliti bahagian yg mana selalunya dipenuhi minyak. Perawatan wajah sering menyebabkan kegagalan hanya kerana anda tidak tahu keadaan kulit sendiri.Sekiranya cuma bahagian 'T' wajah anda yg berminyak, lantas seluruh wajah diberi rawatan khusus untuk kulit berminyak, hasilnya bahagian kulit wajah lain yg mungkin mendapat kesan buruk.
  • Cari produk kosmetik yg sesuai - memakai produk penjagaan kulit yg tidak bersesuaian jenis kulit anda mungkin mendatangkan masalah besar. Sebaiknya pilih kosmetik yg betul-betul sesuai dengan kulit wajah. Lebih baik lagi kalau kosmetik tersebut dijamin baik utk kulit yg sensitif. Ini boleh membantu mengurangkan keradangan kulit.
  • Pelembap juga wajib digunakan oleh kulit berminyak - penggunaan pelembap sebenarnya boleh membantu mengawal keluaran minyak pada wajah. Selain itu, kalau tidak seluruh wajah berminyak, maka beri pelembap hanya dibahagian yg berminyak. Dibahagian lain yg normal, oles pelembap utk kulit normal.
  • Pemakaian kosmetik - pastikan kulit anda dalam keadaan bersih dan kering ketika anda bersolek, ini kerana kulit yg basah akan membuat solekan tidak mesra dengan kulit. manakala kulit yg tidak bersih pula akan mudah memerangkap kotoran & terjadinya jerawat lantas merosakkan pori-pori.
  • Jaga kebersihan - kulit berminyak biasanya cepat kotor oleh debu & kotoran lainnya. Maka elakkan dari menyentuh wajah dengan tangan yg kotor @ bendsa lain yg tidak diyakini kebersihannya.
  • Lakukan perawatan khusus - maksudnya adalah perawatan yg memang dilakukan pada waktu tertentu bukanlah setiap hari.
Tip hilangkan perut buncit
  • Perhatikan pengambilan kalori harian. Ia bermaksud, anda perlu membataskan kalori anda sekurang-kurangnya 400 kalori sahaja setiap hari.
  • Pastikan, perut tidak dibiarkan kosong tanpa makanan melebihi dari 4 jam. ini kerana, perut yg dibiarkan tidak terisi dgn makanan cenderung terlalu lapar sehingga menyebabkan anda makan dengan lebih banyak.
  • Utamakan makanan dengan lemak tunggal tak jenuh ke dalam makanan.
  • Ketika sedang dalam keadaan tertekan, biasanya kita akan cenderung makan dengan lebih banyak, Malah, dalam masa yg sama, tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yg mendorong lemak berkumpul dibahagian perut. Jadi, dengan mengawal kadar stress anda, secara automatik lemak di perut akan berkurangan.
  • Cari sokongan dari kawan-kawan @ mereka yg disekitar anda utk bersama-sama berdiet dengan anda.Pengaruh org di sekeliling begitu kuat sehingga dapat mempengaruhi gagal @ berjayanya program diet anda.
  • Catat apa sahaja makanan yg anda makan setiap hari didalam sebuah buku kecil. Jangan lupa, catatkan sekali jumlah @ kuantiti yg anda ambil agar ia boleh dijadikan sebagai panduan utk mengukur jumlah pengambilan makanan anda setiap hari.
Tip mengupas selulit
  • Hindari makanan mengandungi tinggi lemak. Cuba elakkan makanan berkarbohidrat utk makan malam kerana kebanyakkan makanan yg mengandungi asid lemak biasanyasukar diceraikan, malah ia berhimpun pada sebahagian tubuh sehingga membentuk selulit.
  • Katakan tidak kepada makanan ringan yg tinggi kandungan bahan pengawet & pewarna. Lebihkan makanan segar dlm menu seharian kamu.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 ke 10 gelas air masak utk menggalakkan penyingkiran toksin selulit.
  • Elakkan minum kopi,alkohol serta merokok. Kesemua ini merencatkan kelancaran peredaran darah, penyekatan sistem saliran, bahkan merangsang pertambahan toksin di dalam badan yang diserap oleh sel lemak.
  • Amalkan makan dgn sedikit tetapi kerap yg membolehkan makanan yg diambil mudah dihadam.
  • Amalkan aktiviti fizikal secara tetap seperti joging,aerobik,lompat tali & berbasikal.
  • Lakukan senaman kardiovaskular 3 ke 4 kali seminggu utk membakar lebihan kalori & menukarkan lemak kepada tenaga.
  • Lakukan sesi angkat beban berat setiap minggu terutama yg menumpukan bahagian bawah tubuh seperti pinggul,punggung & paha.
  • Stress juga penyumbang kepada selulit. Lakukan aktiviti meredakan stress seperti yoga & urut yg boleh memecahkan pengumpulan lemak serta selulit.
  • Ulilah bahagian selulit itu secara kerap & teratur dgn bantuan krim pelangsingan. Ikutilah langkah & teknik yg betul utk hasil maksimum.
Tip elak masalah bau badan
  • Benzoyl peroxide dan penyegar - Menurut Ava Shamban, seorang dermatologis dari Los Angeles, benzoyl peroxide membantu dalam membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya bau yang kurang enak. Caranya, basuh bahagian bawah lengan dengan pembersih wajah yang mengandungi benzoyl peroxide. Selain itu, lap bahagian ketiak dan sekitarnya dengan kapas muka yang telah dicelupkan ke dalam cairan penyegar.
  • Teh hitam - Bahan yang terdapat di dalam teh hitam mampu mengurangkan pengeluaran peluh daripada bahagian bawah lengan. Caranya, rebus sedikit teh hitam dan tuangkan di atas sehelai kain. Biarkan hingga sejuk, lalu lapkan ke bahagian ketiak selama lebih kurang 5 minit. Lakukan rawatan tersebut setiap malam selama 2 minggu.
  • Rajin mandi - Cara paling semulajadi untuk menghindari bau badan yang kurang enak adalah dengan rajim mandi, sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pastikan anda tidak lupa menggosok dan mencuci bersih bahagian ketiak dengan sabun antiseptik. Setelah itu, keringkan dengan tuala bersih sebelum menyapu deodaran.
  • Menjaga pola makan - Hindari makanan yang dapat merangsang pengeluaran peluh berlebihan sehingga menyebabkan timbulnya masalah bau badan. Antara makanan tersebut seperti bawang merah, bawang putih dan sebagainya. Selain itu, banyakkan meminum air putih, buah, serta sayuran. 
  • Hindari stress - Kelenjar aprocine bekerja lebih aktif ketika seseorang menderita stress. Oleh itu, jauhi stress.
Cara atasi ketiak hitam
  • Gunakan lemon - Siapkan lemon, perah dan kemudian diambil patinya. Campurkan pati lemon tersebut dengan parutan timun hingga sebati. Tambahkan sedikit parutan kunyit ke dalamnya dan kacau. Setelah itu, sapukan pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.
  • Kapur sirih - Setiap kali selesai mandi, biasakan menggosok ketiak dengan sedikit campuran air kapur sirih dan limau kasturi. Lakukan secara rutin. Apabila berasa gatal dan kulit bertukar kemerahan, hentikan pemakaian. Penggunaan kapur sirih turut melambatkan tumbuhnya bulu-bulu halus pada kulit.
  • Lakukan skrub - Gosok ketiak dengan lulur yang mengandungi buah dan pemutih kulit supaya hasil lebih maksima.
Tip melulur dengan betul
  • Bersihkan badan drp kotoran lapisan pertama. Lebih bagus lagi jika menggunakan buih mandian yg mengandungi bahan spt susu kambing, teh hijau & anti-bakteria agar kuman mati, kotoran & keringat yg menempel di kulit hilang supaya zat aktif drp skrub dapat menyerap secara maksimum oleh pori-pori kulit anda.
  • Keringkan tubuh dgn tuala bersih. Ketika kulit masih lembap, sapu lulur ke seluruh tubuh lebih-lebih lagi di daerah lipatan seperti leher, bawah lengan, lipatan lengan, lipatan paha & lipatan belakang lutut. Juga di daerah kaki yang sering terkena debu & kotoran. Gosok-gosokkan lulur secara perlahan sambil dipijit-pijit ringan utk melancarkan peredaran darah. Bagi daerah yang kasar spt tumit kaki, gunakan batu gosok @ span kasar.
  • Bersihkan sisa lulur dengan tangan.Pastikan semuanya telah kering kemudian mandi seperti biasa. Lebih bagus jika menggunakan sabun yang sesuai dgn jenis kulit anda.
  • Keringkan tubuh. Pastikan tidak ada bhgian kulit yg masih basah. Seterusnya, wajib bagi anda utk memakai pelembap@ losen tubuh selesai melulur. Cuba amalkan secara teratur sebanyak 3 kali seminggu & lihatlah hasilnya.
Tip langsing selepas bersalin
  • Menyusui - Penyusuan susu ibu bukan hanya baik dan sihat tetapi juga baik untuk membantu ibu bagi menurunkan berat badan mereka. Menurut doktor, menyusui bayi dapat membakar sekitar 500 kali kalori setiap hari. Jadi, jangan pandang rendah pada penyusuan susu ibu kerana ia bakal memberi manfaat yang begitu besar buat bayi dan juga anda sendiri.
  • Minum banyak air - Bagi ibu yang melahirkan sekali gus menyusu badan perlu banyak minum air dengan banyak. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa berasa segar.
  • Makanan seimbang - Tentunya selepas melahirkan, anda tidak dapat mengamalkan diet sembarangan. Apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan anda mengambil makanan yang sihat. Ambil makanan seimbang yang mencakupi buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk tenusu. Cuba ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kebiasan anda.
  • Olahraga - Walaupun dalam keadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan olahraga. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan sahaja latihan di rumah. Latihan dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan-berjalan dengan kereta sorong atau menggendong nya sudah cukup membakar kalori anda.
  • Makan hanya ketika lapar - Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah dengan keinginan melampau untuk sentiasa makan makanan yang bergoreng. Jangan juga melewatkan  waktu makan hanya kerana ingin lebih langsing.Anda perlu ingat bahawa anda masih menyusui bayi dan bayi perlu mendapatkan kesemua nutrisi penting untuyk tumbesaran awalnya. Rancang menu sihat anda dalam jumlah kalori yang sepatutnya untuk setiap makanan.
  • Sertai kelas olahraga pasca kelahiran - Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan olahraga khusus bagi ibu yang melahirkan dikawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan.Tambahan, anda akan bertemu dan berinteraksi dengan ibu-ibu lain. Tentunya dapat lebih banyak faedah jika saling bertukar pendapat. Sebaiknya, susui bayi dahulu sebelum mula berolahraga.
Cara-cara penjagaan badan
  • Diet & makanan seimbang - Pengambilan dan penyediaan makanan yang seimbang sama ada ketika mengadakan atau menghadiri majlis adalah aspek yang perlu diambil berat. Anda juga perlu aturkan pemakanan seimbang ini untuk elakan obesiti di samping menitikberatkan kualiti makanan yang disediakan. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Bristol membuktikan betapa pentingnya gaya hidup sihat bagi setiap orang. Terutamanya buah-buahan, sayur-sayuran yang mempunyai kandungan air yang membantu sistem pencernaan dan memecahkan lemak yang mengakibatkan obesiti. Masalah obesiti ini yang akan menyebabkan anda cepat letih dan kurang bermaya. Oleh itu, dapatkan maklumat seperti yang disarankan dalam piramid makanan sama ada untuk mengambil atau menyediakan makanan rendah lemak tetapi lebihkan pada sayur-sayuran.
  • Senaman atau lakukan aktiviti ringan - Kembalikan tenaga dengan lakukan senaman ringan selepas seharian penat bertungkus lumus melayan tetamu atau menghadiri mana-mana majlis. Ia bertujuan untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Lemak-lemak yang terkumpul juga dapat dibakar untuk memberi bentuk badan yang menarik. Menurut seseorang, bersenam adalah untuk kekalkan kecergasan badan bukannya untuk kurus. Katanya, tidak guna jika bentuk badan cantik tetapi tidak cergas. Selain dapat mengurangkan berat badan, malah anda juga akan lebih bertenaga dan tampil lebih sihat. Melalui aktiviti ini juga tekanan sarah dapat berjalan lancar sekali gus mengelakkan stress dan mengawal tahap gula serta meningkatkan metabolisme dalam badan. Anda sebenarnya tidak perlu menghadiri mana-mana pusat penjagaan badan atau gim, anda boleh lakukan senaman ringan ini di rumah seperti berlari-lari anak dan senaman ringan.
  • Tetapkan waktu tidur - Tetapkan waktu tidur yang secukupnya. Kemas kini jadual anda sepanjang hari perayaan ini lebih-lebih waktu menonton televisyen yang padat dengan pelbagai program dan rancangan menarik. Amalan tidur lewat juga dapat meningkatkan berat badan. Apabila anda menerapkan disiplin ini, anda dapatkan kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif. Hasilnya badan lebih segar apabila bangun pagi.
  • Lebihkan minum air kosong - Kurangkan minum air manis dan minuman bikarbonat kerana otak memerlukan kandungan air kosong hampir 95 %, darah 82% dan paru-paru memerlukan 90% air. Sekurang-kurangnya 4 gelas air bersamaan dengan 160ml perlu diminum sebaik terjaga dari tidur sebelum menggosok gigi. Perbanyakkan minum air kosong kerana ia dapat mencantikkan kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya untuk megelakkan kulit kering. Ia turut diakui oleh Japanese Medical Society melalui kajiannya, dimana amalan meminum air kosong dapat memulihkan penyakit termasuk yang serius antaranya sakit kepala, sakit-sakit badan, sisitem jantung, epilepsi lemak berlebihan, tibu dan buah pinggan. Selain itu, pengambilan air yang cukup juga membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan otak bagi melawan gejala penyakit. 
  • Mandi wap & sauna - Bagi anda yang rajin berkunjung kemana-mana spa, apa kata cuba selama 15 - 20 minit. Ketika mandi wap, kadar pernafasan dan denyutan nadi akan meningkatkan perjalanan darah. Kesan wap panas ini juga berupaya melegakan otot, menghilangkan rasa sengal atau lenguh dan membantu menghilangkan stress agar tubuh serta wajah kembalikan segar. Wap panas yang dihasilkan ini dapat membuka pori-pori kulit dan membantu mengeluarkan toksin dari tubuh badan. Hasilnya kulit lebih tegang selain dapat membantu dalam proses pelangsingan badan. Menurut kajian, sebanyak 3,000 kalori dalam badan dapat dibakar semasa mandi wap atau bersauna. Secara saintifiknya, hasil rembesan hormon endorfin daripada kelenjar peluh mampu menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan dalam badan.
Tip manfaatkan kalsium elak osteoporosis
  • Ambil kalsium mencukupi - Kalsium adalah kunci untuk menjaga kesihatan tulang. Suplemen makanan boleh menjadi pilihan tetapi yang terbaik adalah memastikan pengambilan kalsium mencukupi. Orang dewasa perlu memenuhi sebanyak 1,000 miligram kalsium setiap hari, tetapi bagi yang berumur lebih daripada 50 tahun, pengambilan kalsium setiap hari adalah berbeza iaitu sebanyak 1,200 miligram, manakala wanita yang telah menopaus pula memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 1,300 miligram setiap hari. Sumber makanan yang kaya kalsium yang baik adalah meliputi produk susu rendah lemak seperti susu skim atau keju ricotta, sardin tin didalam minyak bersama tulang,jus yang diperkaya dengan kalsium dan sayuran berdaun hijau.
  • Cukupi keperluan vitamin D - Vitamin D membentuk tubuh mengolah kalsium. Sumber terbaik vitamin D adalah cahaya matahari. Pendedahan kulit kepada cahaya matahari tanpa sinar UV pagi selama 15 minit diperlukan setiap hari. Walaupun begitu, ada sesetengah orang yang tidak boleh terkena sinar matahari secara langsung terutama pesakit yang menghidap kanser kulit. Golongan seperti ini boleh sahaja mendapatkan vitamin D dari suplemen. Dos yang diperlukan adalah antara 400 - 800 IU sehari. Apa pun, terdapat pilihan makanan yang juga kaya dengan vitamin D iaitu salmon,tuna,makarel,sardin,kuning telur & produk susu.
  • Makan produk segar - Kesihatan tulang bergantung kepada variasi makanan yang mengandungi vitamin dan mineral yang berbeza. Jadi, ambillah buah-buahan dan sayuran berwarna. Menurut kajian yang dilakukan terhadap 171 orang dewasa, didapati bahawa mereka yang rajin makan buah dan sayur segar mampu mempertahankan lebih banyak kalsium di dalam tubuh.
  • Hadkan pengambilan alkohol - Bukan hanya penganut beragama Islam diharamkan mengambil makanan @ minuman dengan sumber alkohol, tetapi jika dilihat dari aspek kesihatan, semua individu tidak kira apa pun pegangan agama digalakkan tidak mengambil alkohol kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana, kehadiran alkohol didalam tubuh dapat menganggu kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium. Jadi, disarankan menghindarinya @ sekurang-kurangnya mengurangi pengambilannya. Selain itu, kurangkan juga pengambilan minuman berkafein & berkarbonat. Kedua-duanya memiliki kesan nagetif terhadap kesihatan tulang.
  • Kurangi garam - Makan makanan yang mengandungi garam yang banyak boleh menyebabkan tubuh kehilangan lebih banyak kalsium. Sebaiknya kurangkan makanan seperti telur masin,ikan masin, bilis dan sebagainya.